Bursa Malaysia yang sedia terkenal untuk dagangan saham, kini turut memperkenalkan sebuah aplikasi khusus dinamakan Bursa Gold Dinar, dengan fokus terhadap jual-beli dan dagangan emas patuh syariah. Aplikasi Bursa Gold Dinar ini tersedia untuk pengguna iPhone pada hari ini, dan bakal menyusul untuk pengguna Android.

Menggunakan Bursa Gold Dinar, pengguna boleh lakukan pembelian emas terus pada aplikasi dengan harga bermula serendah RM10. Aplikasi ini beroperasi tujuh hari seminggu, dan boleh digunakan sehinga 11.50 malam setiap hari.
Pada masa yang sama juga, pengguna boleh melakukan transaksi dengan menghantar pembelian emas kepada ahli keluarga, atau turut menebusnya dalam bentuk syiling 4.25 gram.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Bursa Gold Dinar ini untuk iPhone hari ini.