Perodua yang terkenal dengan penawaran kenderaan pada harga mampu milik dan kompetitif, kini dijadualkan untuk memperkenalakn kereta elektrik mampu milik mereka tersendiri di Malaysia pada penghujung tahun 2025. Perkara ini dikongsikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul.

Perodua dikatakan telah bekerjasama dengan syarikat automotif antarabangsa dalam menghasilkan prototaip – dan pengeluaran secara besar-besaran dijadualkan pada penghujung tahun 2025.

Buat masa ini, model dan harga jualannya masih tidak diketahui lagi. Selain Perodua, pihak Proton juga dijangka memasarkan kereta elektrik tersendiri mereka dalam tempoh masa lebih kurang sama.