Peranti Realme 12+ 5G telah melepasi laman SIRIM sejak 12 Januari lalu. Ia didaftarkan dengan kod nama RMX3867 (realme 12+ 5G) oleh DTL Malaysia Sdn Bhd. Sekaligus memberi petanda pelancaran semakin hampir memandangkan turut ditemui melalui beberapa laman pensijilan lain seperti TKDN dan SDPPI Indonesia, serta FCC.

Dalam pada itu peranti turut boleh menjadi tambahan kepada Realme 12 Pro+ 5G sebelum ini. Namun apa yang menjadi persoalan kerika ini ialah rekaan dan spesifikasi utama yang bakal digunakan pada peranti tersebut. Kebarangkalian untuk serupa pada bahagian tertentu boleh berlaku tetapi dirasakan lebih baik menunggu kenyataan rasmi daripada Realme sendiri.

Pengenalan Realme 12 Pro+ 5G telah dijadualkan berlangsung secara global pada 29 Januari 2024. Ia akan dipasarkan sebagai peranti mercu dengan kamera periskop 200MP. Peranti turut disasarkan boleh tiba di Malaysia tidak lama selepas itu memandangkan kehadirannya sedia diacah menerusi Facebook Realme.