Cari @ Amanz

Pada minggu lepas, kami telah melaporkan bahawa Google telah memecat seramai 1000 pekerja mereka dari pelbagai bahagian, termasuklah pengasas FitBit. Terkini, ia dilaporkan bahawa Google telah memecat beberapa ratus orang pekerja lagi, kini dari bahagian pengiklanan (Google Ads) pula.

Kenyataan rasmi daripada pihak Google mengatakan bahawa penstrukturan semula bahagian Ads bukanlah sesuatu yang baru, dan ia adalah sesuatu yang dilakukan setiap tahun untuk memastikan bahagian mereka beroperasi pada kadar optima.

Apabila ditanya, mereka tidak mengesahkan berapa ramai pekerja yang dibuang, tetapi apa yang pasti ialah jumlah pengurangan pekerja ini sedang berlaku pada peringkat global dan bermakna bahawa sekurang-kurangnya beberapa ratus pekerja akan terkesan.

Walaupun begitu, mereka yang terjejas dengan keputusan ini masih akan diberi peluang untuk mencari pekerjaan didalam bahagian-bahagian lain Google, dan syarikat tersebut akan membantu dalam mencari tempat kerja baharu.

Ini mungkin bukan sesuatu yang begitu mengejutkan khususnya apabila ia dilihat bahawa Google kini sedang menukar fokus mereka terhadap pembangunan teknologi kecerdasan buatan melalui Bard dan beberapa projek yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd