Carian
Samsung Galaxy S24 Akan Tawar Sokongan Terjemahan Suara Masa-Nyata Untuk Panggilan Suara
January 18, 2024 Aman

Samsung hari ini mengumumkan sokongan terjemahan suara masa nyata, dinamakan Live Translate. Melaluinya, ciri terjemahan suara diintegrasikan pada panggilan suara dalam telefon siri Galaxy S24. Ini sekaligus membolehkan anda berkomunikasi dengan pengguna lain dengan sokongan terjemahan secara mudah.

Langkah ini memudahkan lagi komunikasi antara pengguna pada peringkat global dengan mudah tanpa masalah bahasa.

Pada peringkat pengenalan, Samsung memperkenalkan ciri ini dengan sokongan 13 bahasa, termasuk ke Inggeris, Jerman, Cina, Korea, Jerman, Thailand, Jepun dan sebagainya.

Bersama-sama dengan sokongan ini juga, Samsung mengumumkan ciri terjemahan suara turut boleh digunakan pada peranti – lebih kurang seperti Google Translate. Ciri terjemahan sama turut diintegrasikan pada aplikasi papan kekunci di Galaxy S24 – dimana mesej yang ditaip akan dihantar terus dalam bahasa pilihan, selain mesej yang diterima akan diterjemah terus ke bahasa pertuturan seseorang pengguna.

Samsung memperkenalkan ciri ini melalui siri Galaxy S24 terlebih dahulu.

  • Pra-Tempah :
Komen