Samsung hari ini telah mengadakan acara pelancaran telefon pintar terbaru mereka, Galaxy S24. Pada penghujung acara berkenaan, Samsung turut mencuri perhatian ramai dalam memperlihatkan kewujudan cincin pintar mereka tersendiri, Samsung Galaxy Ring.

Samsung menyatakan ia akan menjadi medium baharu dalam menjejak kecergasan, dan mengintegrasikan ia dibawah ekosistem Samsung Health. Buat masa ini, ciri penuh yang akan disertakan bersama dengan cincin pintar ini tidak dikongsikan sepenuhnya lagi.
Tetapi, dengan Samsung berkongsi kewujudan berkenaan dengannya secara rasmi, kita boleh nantikan kehadiran cincin pintar berkenaan dalam beberapa bulan lagi.
Apa kata anda? Adakah anda akan meminati dan mendapatkan cincin pintar sebagai ganti kepada gelang pintar?