Carian
Instagram Menawarkan Ciri Super HDR Pada Peranti Samsung Galaxy S24
January 18, 2024 Amy Maizuraa

Ucapkan selamat tinggal kepada kualiti gambar yang tidak memuaskan dalam siaran media sosial khususnya Instagram dengan peranti baharu Samsung Galaxy S24. Ia berikutan peranti itu disertakan sokongan imej Super HDR yang boleh meningkatkan kecerahan, butiran dan warna paparan untuk menyampaikan imej serta video berkualiti tinggi kepada pengguna.

Hasilnya dikatakan menjadi lebih baik dengan butiran, warna, sorotan dan bayang-bayang yang terperinci. Menurut Instagram juga, kelebihannya juga pastinya mampu meningkatkan pengalaman penglihatan kandungan, dalam masa sama menyediakan pengalaman fotografi lebih baik khususnya dalam kalangan pencipta kandungan peranti Android.

Siri Samsung Galaxy S24 telah dilancarkan secara rasminya awal pagi tadi. Sebanyak tiga variasi model yang diumumkan dengan masing-masing dilengkapi teknologi terkini khususnya AI dalam memberi nilai lebih terhadap apa yang ditawarkan.

Harga jualan bermula RM4,099 (12/256GB) dan RM4,599 (8/512B) untuk Galaxy S24. Sementara itu Galaxy S24+ dijual pada RM4,899 (12/256GB) dan RM5,399 (12/512GB). Akhir sekali Galaxy S14 Ultra berharga RM6,299 (12/256GB), RM6,799 (12/512GB) dan RM7,799 (12/1000GB).

  • Pra-Tempah :
  • Sumber – Adam Mosseri
Komen