Siri Samsung Galaxy S24 telah dilancarkan secara rasminya awal pagi tadi. Sebanyak tiga variasi model yang diumumkan dengan masing-masing dilengkapi teknologi terkini khususnya AI dalam memberi nilai lebih terhadap apa yang ditawarkan.


Harga jualan bermula RM4,099 (8/256GB) dan RM4,599 (8/512B) untuk Galaxy S24. Sementara itu Galaxy S24+ dijual pada RM4,899 (12/256GB) dan RM5,399 (12/512GB). Akhir sekali Galaxy S24 Ultra berharga RM6,299 (12/256GB), RM6,799 (12/512GB) dan RM7,799 (12/1000GB).


Sesi pratempah telah dibuka bermula sekarang – 6 Februari 2024 dengan hadiah keseluruhan menarik yang termasuk e-baucar RM500, peningkatan storan 512GB, rebat RM650 untuk tukar-ganti segera, diskaun 45% untuk pembelian barangan Galaxy lain dan potongan 30% untuk Samsung Care+.


Samsung Galaxy S24 Ultra dilengkapi skrin 6.8″ Dynamic AMOLED 2X QHD+ LTPO dengan kadar segar semula 120Hz. Ini digabung pula cip Snapdragon 8 Gen 3, memori 12GB RAM dan storan sehingga 1TB sebagai tunjang utama. Bateri 5000mAh disertakan boleh dicas melalui pengecasan berwayar 45W dan nirwayar 15W. Seterusnya kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 200MP, ultra sudut lebar 12MP, telefoto 5X 50MP dan telefoto 3x 10MP. Diikuti juga kamera swafoto 50MP.

Samsung Galaxy S24 pula menawarkan skrin sebesar 6.2-inci sementara itu versi plus bersaiz 6.7-inci. Skrin pula sejenis Dynamic AMOLED 2X QHD+ LTPO dengan kadar segar semula 120Hz. Diikuti juga cip Exynos 2400, memori 8GB RAM dan storan 256GB sebagai tunjang utama.

Bateri 4000mAh digunakan pada Galaxy S24, kemudiannya 4900mAh lebih besar pada Galaxy S24 Plus. Pengecasan disokong kini sehingga 45W berwayar dan 15W secara nirwayar yang menyokong format Qi. Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP, ultra sudut lebar 12MP, dan telefoto 10MP. Sementara itu di hadapan pula sensor 12MP digunakan untuk swafoto.
Menariknya lagi apabila kesemua peranti siri Samsung Galaxy S24 ini akan diberikan sokongan kemas kini tujuh versi Android dan tujuh tahun tampalan sekuriti. Sekaligus membolehkanya bertahan untuk penggunaan jangka masa panjang.
- Pra-Tempah :