CEO Google, Sundar Pichai kini berkongsi bersama pekerja melalui memo dalaman, menyatakan akan berlaku lebih banyak pengurangan pekerja pada tahun 2024 ini, tetapi tidak seramai tahun 2023 lepas. Perkongsian ini hadir selepas Google mula mengurangkan pekerja di beberapa bahagian sejak minggu lalu, dan terbaru melibatkan bahagian pengiklanan.
Pengurangan pekerja ini dikatakan dalam mengurangkan lapisan untuk melakukan sesuatu pekerjaan, dan pada masa yang sama meningkatkan kecekapan operasi di beberapa bahagian.
Pada tahun lepas, 2023, Google telah membuang sekitar 12,000 orang pekerja dari syarikat mereka.