Cip Qualcomm Snapdragon 7 Gen 1, 7+ Gen 1 dan 7s Gen 2 dilihat jarang digunakan pada telefon pintar di pasaran. Biasanya Xiaomi, Poco atau Honor sahaja di Malaysia. Walaupun begitu, cip di bawah siri ini masih ada potensi kerana Qualcomm bakal hadir dengan Snapdragon 7 Gen 3.
Menariknya, jika selama ini cip di bawah siri Snapdragon 7 menggunakan binaan mirip Snapdragon 8+ Gen 1 – 7 Gen 3 dikatakan akan mengikut binaan 8 Gen 3 yang lebih berkuasa. Ini bermakna cip ini akan menggunakan CPU dengan konfigurasi 1x Cortex-X4 + 5x Cortex-A720 + 2x Cortex-A520.

Dengan kata lain kelak, cip Snapdragon 7+ Gen 3 benar-benar boleh bersaing dengan 8 Gen 3 untuk kelas pertengahan premium. Adakah ini sebab siri Snapdragon 8+ tidak lagi kedengaran? Qualcomm ingin membawakan cip paling berkuasa untuk peranti mercu, kemudian cip yang lebih kurang sama dengan kuasa sedikit lebih rendah untuk peranti dalam kelas mampu milik? Sama-sama kita nantikan.