Prosedur untuk meluluskan sesuatu permohonan sijil Halal berkenaan adalah salah satu proses yang mencabar, dimana pelbagai ramuan makanan perlu dianalisa, selain beberapa langkah lain. Kini, dalam usaha mempercepatkan perkara berkenaan, JAKIM sedang bangunkan sebuah sistem kecerdasan buatan mereka tersendiri.

Sistem kecerdasan buatan (AI) ini akan membantu dalam memudahkan lagi prosedur meluluskan permohonan sijil halal. Melaluinya, ia dijangka akan mempercepatkan lagi proses semakan ramuan ribuan menu dan bahan untuk persijilan halal.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah JAKIM akan siap membangunkan sistem ini, dan mula menggunakannya dalam proses pekerjaan harian.