Cari @ Amanz

Walaupun Samsung Galaxy S24, S24+ dan S24 Ultra kelihatan lebih kurang sama dengan siri S23, ia masih lagi menarik dan berbaloi untuk dimiliki kerana ciri Galaxy AI dan sokongan kemas kini sehingga 7 tahun. Tetapi jika anda rasa harga permulaan RM4099 dan mencapai sehingga RM7799 mahal, siri Galaxy S23 kini sedang dijual pada harga diskaun ribuan ringgit. Jika anda ingin berjimat, siri S23 kelak turut akan menerima Galaxy AI.

Samsung Galaxy S23, S223+ dan S23 Ultra dilancarkan pada Februari 2023, belum capai usia setahun lagi kini anda boleh dapatkan Galaxy S23 8/256 GB pada harga RM4,199 RM2,999. Galaxy S23+ 8/256 GB pula pada harga RM4,699 RM3,679. Akhir sekali Galaxy S223 Ultra 12/256 GB pada harga RM5,699 RM4,099 dan 12/512 GB pada harga RM6,199 RM4,599.

Harga diskaun mencapai RM1,600 ini hanya boleh didapatkan di Shopee Mall Samsung Malaysia Official. Setiap pembelian masih layak menerima jaminan satu tahun dan kemas kini 4+5 tahun (kini berbaki 3+4 tahun. Jadi yang mana satukah pilihan anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd