Carian
Sheryl Sandberg Akan Meninggalkan Meta Selepas 16 Tahun Bersama Syarikat Tersebut
January 18, 2024 Nazrin

Ramai mengenali Mark Zuckerberg sebagai pengasas dan CEO Facebook dan Meta, tetapi seorang lagi individu yang menaikkan nama syarikat tersebut apabila ia mula berkembang, dan menjadikannya sebagai salah sebuah syarikat teknologi yang paling bernilai di dunia ialah Sheryl Sandberg.

Mantan Ketua Pegawai Operasi Facebook dan Meta, Sheryl Sandberg bertanggungjawab untuk membawa masuk pendapatan untuk syarikat tersebut. Sepanjang beliau memegang jawatan di Facebook, pendapatan syarikat tersebut telah meningkat sebanyak 43 ribu peratus, meningkatkan nilai syarikat tersebut secara mendadak dalam masa yang terdekat.

Sheryl telah bersama Facebook sejak 2008, dan dalam 16 tahun tersebut, 14 daripadanya ialah dimana beliau memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi, dan 12 daripadanya juga adalah apabila beliau menyertai lembaga pengarah Facebook.

Setelah meletakkan jawatan COO dua tahun yang lalu, Sheryl masih lagi kekal sebagai ahli lembaga pengarah Meta, tetapi kini telah mengambil keputusan untuk meninggalkan syarikat tersebut dengan sepenuhnya. Walaupun begitu, beliau juga mengatakan dalam jangka masa pendek ini, beliau masih akan menasihati lembaga pengarah syarikat tersebut.

Setakat ini ia tidak diketahui lagi siapakah akan menggantikan Sheryl Sandberg sebagai ahli pengarah Meta, dengan syarikat tersebut dilihat masih lagi memfokuskan dunia realiti maya buat masa ini.

Komen