Carian
Corning Gorilla Glass Armor Dilancarkan – 4x Lebih Tahan Calar, 75% Skrin Lebih Jelas
January 18, 2024 Fahim Zahar

Hari ini Samsung telah melancarkan Samsung Galaxy S24 Ultra, iaitu telefon pintar mercu baharu mereka yang berharga mencapai RM7799. Ia dilengkapi kamera 200MP, ciri Galaxy AI, dijana Snapdragon 8 Gen 3 dan turut dilengkapi dengan skrin AMOLED yang dilindungi dengan Gorilla Armor.

Corning Gorilla Glass Armor adalah kaca perlindungan baharu selepas dua generasi Victus diperkenalkan. Menurut Corning, kaca baharu ini adalah lebih tahan lasak berbanding pesaing lain yang turut menggunakan kaca aluminosilikat. Dalam ujian makmal dengan Scratch Bot iaitu robot yang mencalarkan skrin telefon mengikut penggunaan harian mendapati kaca Armor mempunnyai ketahanan 4x lebih tahan calar berbanding biasa.

Bukan itu sahaja, kaca ini turut memberi kejelasan paparan kandungan 75% lebih baik kerana berjaya mengurangkan kesan silau. Selain itu, Glass Armor turut diperbuat daripada 25% kandungan terpakai pengguna. Corning tidak mendedahkan ketahanan tahap apa yang menyebabkan kaca Armor boleh pecah.

Apa-apa pun, kaca tetap kaca dan kaca boleh pecah. Selagi Galaxy S24 Ultra tidak berada di dalam tangan pengguna biasa, ketahanan sebenar skrin peranti ini masih tidak boleh diketahui sama ada dakwaan Corning adalah benar. Sama-sama kita nantikan.

Komen