Carian
Kempen Digital Campus 3.0 Dilancarkan, Sasar Lebih Banyak Penyertaan Pelajar IPT
January 18, 2024 Amy Maizuraa

Penganjuran kempen Digital Campus oleh Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet) memasuki siri ketiga, dengan menyasarkan lebih banyak penyertaan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh Malaysia.

Ia adalah hasil kesinambungan daripada Digital Campus 2.0 sebelum ini. Seterusnya berharap mampu terus menyumbang kepada pembudayaan transaksi kewangan tanpa tunai dalam negara, khususnya dalam kalangan penuntut IPT.

Pada kali ini, pihak penganjur turut meningkatkan lagi hadiah kemenangan agar lebih lumayan untuk dimenangi para peserta. Selain itu menyediakan sokongan kepada peserta melalui inisiatif sedia ada. Menariknya lagi program itu akan turut mendapat kerjasama erat daripada pelbagai pihak termasuk sektor kerajaan.

UiTM Cawangan Terengganu (IPTA)
Pacific University of Technology & Innovation (IPTS)

Dalam majlis yang sama turut diadakan sesi penyerahan hadiah dan sijil penghargaan kepada penuntut yang berjaya membentang idea-idea inovatif, serta penyelesaian unik dalam menggalakkan penggunaan pembayaran digital di seluruh kampus. Ia menyaksikan UiTM Cawangan Terengganu (IPTA) dan Asia Pacific University of Technology & Innovation (IPTS) dinobatkan sebagai juara kempen tahun ini.

Komen