Carian
GWM Mengacah Kehadiran Satu Lagi Kereta Elektrik Dibawah Jenama Ora
January 18, 2024 Aman

GWM atau Great Wall Motor Malaysia kini berkongsi imej acah terbaru melalui media sosial mereka, memperlihatkan sebuah kereta baharu akan hadir dibawah jenama Ora. Mengikut gambar acah yang diperlihatkan, model kereta elektrik Ora 07 dengan rekaan sedan.

Ora 07 ini dilihat akan diposisikan sebagai pesaing kepada Tesla Model 3. Mengikut penawaran di beberapa negara lain, Ora 07 hadir dengan keupayaan had laju maksima mencapai 180 km/j untuk edisi Performance, sementara versi Long Range pula pada kelajuan mencapai 170 km/j.

Dari segi penggunaan, melalui pengecasan penuh, versi Performance menawarkan jarak pemanduan 550km, sementara versi Long Range pula menawarkan jarak pemanduan 640km. Menariknya juga, ia boleh dicas sehingga 80% menggunakan pengecasan DC.

Buat masa ini, GWM masih belum berkongsi maklumat penuh berkaitan penawaran Ora 07 ini di Malaysia. Dengan gambar acah ini, sama-sama kita nantikan pelancarannya, dan berapakah harga jualannya kelak di Malaysia.

Komen