Cari @ Amanz

GXBank yang merupakan bank digital terawal Malaysia mula menawarkan kad debitnya. Ia dikeluarkan dengan kerjasama MasterCard dan ditawarkan dalam bentuk kad maya (virtual card) atau kad fizikal.

Ketersediaan juga secara berperingkat dengan pemberitahuan yang dimaklumkan melalui aplikasi masing-masing. Seterusnya pengguna diminta untuk mengisi beberapa butiran penting untuk melengkapkan proses keseluruhan ketersediaan kad maya, selepas itu boleh memohon untuk kad fizikal.

Semakan menerusi laman FAQ terdapat caj yang sepatutnya dikenakan untuk beberapa perkara termasuk pengeluaran kad baharu (kad fizikal) sebanyak RM12. Namun pengecualian diberikan untuk kesemuanya sehingga 31 Disember 2024, atau tarikh lain yang ditentukan oleh pihak GXBank dengan notis terlebih dahulu. Turut ditekankan bahawa anda perlu mempunyai Akaun GX yang aktif untuk memohon kad debit ini. Selain itu simpanan ini juga tidak patuh syariah kerana lesen yang diberikan kepada mereka tidak menyokong simpanan syariah.

Faedah menarik yang boleh dimanfaatkan pengguna rebat tunai 1% tanpa had untuk pelbagai perbelanjaan yang termasuk petrol, bil, makanan dan banyak lagi. Dalam masa sama turut menekankan bahawa tiada caj tersembunyi untuk sebarang transaksi luar negara. Maklumat lanjut layari GXBank Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd