ASUS Zenbook DUO (2024) dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada hari ini. Ia dilengkapi dengan dua paparan OLED, yang juga boleh berfungsi menjadi sebuah tablet mudah alih. Seterusnya paparan kedua pula boleh berfungsi sebagai pad sesentuh dan papan kekunci maya dalam mod berbeza.
Bagi yang berminat, Zenbook DUO (2024) dengan Intel Core Ultra 7 akan tersedia di Malaysia bermula 19 November 2023 dengan harga permulaan RM9,999 sebuah. Setiap pembelian turut diberikan hadiah menarik berupa ASUS VivoWatch 5 bernilai RM 1,288 secara percuma, sementara stok masih ada. Sementara itu variasi lebih berkuasa dengan Intel Core Ultra 9 pula berharga RM 10,999, dan dijadualkan tiba melalui satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.
Zenbook DUO (2024) dilengkapi dua panel OLED 14″ dengan resolusi 3K (2880 × 1800) dan kadar segar semula 120Hz. Paparannya dikenali sebagai Lumina OLED yang diiktiraf oleh Dolby Vision dan Pantone untuk kandungan lebih professional, selain juga menawarkan nisbah aspek 16:10 bersama input stylus.
Pilihan pemproses pula sehingga Intel Core Ultra 9 185H bersama Intel Arc graphics terbina bagi tujuan peningkatan prestasi. Diikuti juga pilihan memori LPDDR5 32GB RAM dan storan sehingga 1TB PCIe Gen 4 SSD Turut disertakan ialah bateri 75Wh yang menyokong pengecasan 65W, kamera web FHD dan pembesar suara dengan Dolby Atmos.
Pengguna juga boleh temui pelbagai pilihan I/O dan sambungan disediakan yang termasuk 2 x Thunderbolt 4 Type-C, 1 x USB 3.2 Gen 1 Type-A, 1 x HDMI® 2.1 (TMDS), 1 x bicu audio, WiFi 6E (802.11ax) dan Bluetooth 5.3.