Cari @ Amanz

ASUS meneruskan pelancaran di Malaysia pada hari ini dengan model Vivobook 16 (A1605). Ia merupakan komputer riba yang sesuai untuk pelbagai keperluan yang melibatkan kerja harian. Menerapkan konsep penampilan menarik melalui tubuh yang elegan dan nipis turut memberi nilai tambahan yang boleh dimanfaat pengguna.

Bagi yang berminat ASUS Vivobook 16 (A1605) boleh didapati di Malaysia bermula 29 Januari 2024 dengan harga jualan RM3,099 (16GB RAM/512GB). Sebanyak dua pilihan warna disediakan iaitu Indie Black dan Cool Silver, ketersediaan pula menerusi pengedar sah ASUS di seluruh Malaysia.

Untuk spesifikasi ia dilengkapi skein IPS LCD 16-inci dengan resolusi WUXGA (1920 X 1200 piksel), bernisbah aspek 16:10 dan kecerahan puncak 300 nits. Ini digabung pula CPU Intel Core 5 processor 120U bersama Intel Graphics sebagai tunjang utama. Diikuti juga memori 16GB RAM, storan dalaman 512 GB M.2 NVMe PCIe 3.0 SSD dan bateri 42Wh yang menyokong pengecasan 45W.

Lain-lain spesifikasi termasuklah kamera HD, pembesar suara terbina dengan audio SonicMaster, sambungan Wi-Fi 6, dan bluetooth 5.2. Selain pilihan I/O yang terdiri dengan 1 x USB 2.0 Type-A, 1 x USB 3.2 Gen 1 Type-C, 2 x USB 3.2 Gen 1 Type-A, 1 x HDMI 1.4 dan bicu audio 3.5mm.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd