ASUS Zenbook S 13 OLED baharu yang pada mulanya diumumkan di pentas CES 2024, nampaknya kini sudah boleh dibeli di Malaysia. Ia menarik dengan tubuh diperbuat daripada bahan mesra alam termasuk logam dan aluminium yang dikitar semula. Di samping berjaya mengekalkan konsep produk yang premium, ringan dan berkuasa.

Bagi yang berminat, ASUS Zenbook S 13 OLED dijual pada harga RM6,499 (32GB/1TB) sebuah. Ketersediaan bermula sekarang dengan dua pilihan warna disediakan iaitu Basalt Gray dan Ponder Blue. Pembelian boleh dibuat melalui pengedar sah ASUS Malaysia, sama ada secara dalam atau luar talian.

ASUS Zenbook S 13 OLED dilengkapi skrin OLED 13.3″ dengan resolusi 3K dan kecerahan puncak 600nits. Diikuti juga sokonga nisbah skrin-ke-badan 85%, gamut warna DCI-P3 100% dan pensijilan DisplayHDR True Black 600 sebagai tambahan.

Kemudian CPU Intel Core Ultra 7 processor 155U bersama GPU Intel Iris Xe Graphics digunakan sebagai tunjang utama. Digabung pula memori 32GB LPDDR5X RAM dan storan 1TB PCIe Gen 4 SSD sebagai pelengkap. Bateri 63Wh disediakan menyokong pengecasan pantas 65W.

Pada masa sama terdapat juga kamera web FHD dan pembesar suara diperakui Harmon Kardon. Pilihan I/O pula terdiri dengan 2 x Thunderbolt 4 Type-C, 1 x USB 3.2 Gen 2 Type-A, 1 x HDMI® 2.1 (TMDS) dan 1 x bicu audio 3.5mm.