Cari @ Amanz

MSI memperkenalkan generasi baharu monitor gaming iaitu MAG 341CQP QD-OLED yang dilengkapi paparan skrin 34-inci. Seperti namanya skrin adalah sejenis QD-OLED UWQHD dengan lengkungan 1800R yang menyokong kadar segar semula 175Hz. Sekaligus boleh menjadi antara tarikan menarik bagi golongan gamer di PC.

Turut disertakan ialah teknologi paparan lain seperti HDR dan VESA DisplayHDR True Black 400 yang menyediakan pengalaman permainan lebih imersif dengan masa tindak balas serendah 0.03ms. Ia juga dilengkapi MSI OLED CARE 2.0 yang berguna untuk masa penggunaan yang lama. Diikuti fungsi yang mengintegrasi AI terbina seperti Smart Crosshair, Night Vision AI, Optix Scope dan banyak lagi.

Terdapat juga teknologi penyejukan berasaskan graphene disertakan. Kemudian pilihan I/O diberikan termasuk HDMI 2.1, DisplayPort 1.4a, USB-C, Type-B, Type-A dan bicu audio 3.5mm. Tiada harga jualan dinyatakan yang semestinya berbeza mengikut rantau.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd