ASUS mengemaskini barisan komputer riba di Malaysia menerusi pengenalan TUF Gaming F16 pada hari ini. Ia meneruskan trend terdahulu dengan binaan tahan lasak bersama spesifikasi berkuasa untuk pengalaman gaming tanpa kompromi.
Bagi yang berminat ASUS TUF Gaming F16 dijual dengan harga permulaan RM5,99 (NVIDIA GeForce RTX 4050) dan RM6,299 (GeForce RTX 4060). Ketersediaan bermula 24 Januari 2024 yang boleh dibeli melalui pengedar sah ASUS di seluruh Malaysia.
Untuk spesifikasi komputer riba menawarkan skrin IPS LCD 16″ dengan resolusi FHD dan kadar segar semula 165Hz. Ini dipadan juga dengan CPU Intel Core i7 processor 13650HX bersama GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 4060. Gabungan memori 16GB RAM DDR5-4800 dan storan 1 TB M.2 PCIe 4.0 SSD juga melengkapi komputer riba.
Seterusnya komputer riba juga mempunyai bateri sebesar 90Wh dan pembesar suara Dolby Atmos. Pilihan I/O disediakan pula termasuk DC-in jack, RJ45 LAN (1 Gbps), HDMI 2.1 FRL, Thunderbolt 4, USB 3.2 Gen 2 Type-C, DisplayPort™ 1.4, USB 3.2 Gen 1 Type-A, kekunci Kensington dan bicu audio 3.5mm.