Carian
Maxis Mengemaskini Pelan Hotlink Dengan Pilihan Lebih Banyak Data, Bersama Akses 5G
January 19, 2024 Aman

Maxis kini mengumumkan kemaskini untuk pelan Hotlink – bagi pilihan prabayar dan juga pascabayar, dengan memfokuskan kepada penawaran rangkaian perkhidmatan 5G melalui Hotlink.

Melalui penawaran pas 5G tanpa had yang baharu, Hotlink kini hadir dengan pilihan Hotlink Unlimited RM40 yang menawarkan kelajuan 6Mbps, selain Hotlink Unlimited RM50 yang menawarkan kelajuan 12Mbps. Kedua-dua pas ini turut dilengkapi penawaran panggilan tanpa had, selain akses kelajuan 5G tanpa had antara pukul 8 malam sehingga 8 pagi setiap hari.

Pas tanpa had Hotlink ini juga dihadkan kepada FUP 100GB bagi pas bulanan, dimana selepas mencapai tahap penggunaan berkenaan, kadar kelajuan akan dikurangkan kepada 512kbps.

Maxis turut menekankan yang mana Hotlink menawarkan baucar pulangan tunai 20% untuk golongan belia bawah 24 tahun untuk pembelian pas internet bulanan baharu dibawah program prabayar.

Disamping itu, Hotlink Postpaid pula hadir dengan pilihan penawaran baharu, menyedkan pelan bermula RM30 yang memberikan panggilan tanpa had, selain akses data sebanyak 4GB yang dibahagikan sama rata bagi penggunaan rangkaian 4G dan 5G.

Pilihan pas pascabayar 5G ini meningkat sehingga kepada RM70 sebulan yang menawarkan akses data 140GB ( dengan pecahan 70GB 4G + 70GB 5G).

Bagi pengguna Hotlink Postpaid 60 dan 70 sedia ada pula, anda akan dinaik-taraf secara automatik bermula 18 hingga 29 Januari 2024 ini. Sementara Hotlink Postpaid 40 pula akan dihentikan, dimana semua pelanggan pada pelan berkenaan akan dinaik-taraf dengan kuota data 30GB (4G) + 30GB (4G/5G).

Komen