Carian
Yes Power 35 Kini Menawarkan Data 150GB Dan Panggilan Tanpa Had Untuk RM35 Sebulan
January 19, 2024 Aman

Yes hari ini mengemaskini penawaran data bagi pelan Yes Power 35, dimana daripada penawaran data sebanyak 100GB sebelum ini, kini ia dipertingkatkan kepada 150GB. Semua pelanggan sedia ada Yes Power 35 akan dinaik-taraf kepada data ini secara automatik bermula hari ini.

Dengan langkah ini, para pengguna boleh menikmati data sebanyak 150GB pada bil bulanan hanya RM35 sebulan – sekaligus menjadikan ia antara pelan berbaloi di pasaran hari ini.

Yes Power 35 juga turut menyediakan sokongan hotspot dibawah rangkaian 4G atau 5G, selain penawaran panggilan suara dan SMS tanpa had. Tiada sebarang tempoh kontrak yang diperlukan untuk menggunakan pelan ini.

Komen