Carian
ASUS ROG Zephyrus G16 (2024) Rasmi Di Malaysia – Harga Mencapai RM 14,999
January 19, 2024 Amy Maizuraa

ASUS turut memperkenalkan generasi baharu komputer gaming ROG Zephyrus G16 2024 di Malaysia pada hari ini. Ia dibangunkan khusus bagi golongan gamers tegar dengan pelbagai fungsi disediakan yang termasuk paparan OLED besar dengan NVIDIA G-Sync dan Dolby Vision.

Bagi yang berminat ROG Zephyrus G16 2024 ditawarkan di Malaysia dengan harga permulaan RM9,999 (Intel Core Ultra 7 155H) pada penghujung Januari. Kemudiannya lebih mahal untuk versi Intel Core Ultra 9 185H yang bermula RM10,999 (32GB/1TB/NVIDIA GeForce RTX 4060), RM11,999 (32GB/1TB/NVIDIA GeForce RTX 4070) dan RM14,999 (32GB/2TB/NVIDIA GeForce RTX 4080) dengan ketersediaan pada pertengahan Februari 2024.

Untuk spesifikasi ia hadir dengan skrin OLED 2.5K 240Hz dengan nisbah aspek 16:10 dan gamut warna DCI-P3 100%. Pilihan CPU disediakan sehingga Intel Core Ultra 9 185H dan GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 4080 digunakan sebagai tunjang utama. Selain juga dilengkapi memori sehingga 32GB RAM LPDDR5X dan storan 2TB PCIe 4.0 NVMe M.2 SSD.

Turut disertakan ialah bateri 90Wh, kamera web FHD, 4 pembesar suara dengan Dolby Atmos/Smart Amplifier Technology dan 3 mikrofon terbina. Pilihan I/O dan sambungan yang boleh ditemui termasuk HDMI 2.1 FRL, USB 3.2 Gen 2 Type-A, USB 3.2 Gen 2 Type-C, Thunderbolt 4, pembaca kad SD dan bicu audio 3.5mm.

Tidak ketinggalan rekaan tubuh juga lebih moden tanpa kelhatan seperti sebuah komputer riba gaming biasa. Panel penutup juga terdapatnya lampu Slash Lightning dalam bentuk garisan yang memberi nilai tambah menarik.

Komen