Carian
ASUS ROG Strix G16/18 Dan Strix SCAR 16/18 Ditawarkan Di Malaysia – Bermula RM8,999
January 20, 2024 Amy Maizuraa

ASUS membawa masuk generasi baharu ROG Strix G16/18 dan Strix SCAR 16/18 ke pasaran Malaysia. Ia merupakan barisan komputer riba yang menawarkan pelbagai ciri khusus untuk keperluan kaki gamer tegar. Bagi yang berminat harga jualan adalah seperti berikut dengan ketersediaan bermula hari ini:

  • ROG Strix G16 (NVIDIA GeForce RTX 4060) – RM8,999
  • ROG Strix G16 (NVIDIA GeForce RTX 4070) – RM9,999
  • ROG Strix G18 (NVIDIA GeForce RTX 4060) – RM9,999
  • ROG Strix G18 (NVIDIA GeForce RTX 4070) – RM11,999
  • ROG Strix G18 (NVIDIA GeForce RTX 4080) – RM13,999
  • ROG Strix SCAR 16 (NVIDIA GeForce RTX 4080) – RM14,999
  • ROG Strix SCAR 18 (NVIDIA GeForce RTX 4090) – RM19,999

ASUS ROG Strix G16 hadir mempunyai pilihan paparan QHD+ atau FHD+ sebesar 16-inci dengan kadar segar semula 165Hz dan masa tidak balas serendah 3ms. Ia juga menawarkan nisbah aspek 16:10 dan gamut warna DCI-P3 100%. CPU disediakan ialah Intel Core i9 Processor 14900HX bersama GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 4070. Selain juga dilengkapi memori 16GB DDR5-5600 dan storan 1TB PCIe 4.0 NVMe M.2 SSD.

Turut disertakan ialah bateri 90Wh, kamera web HD dan 2 pembesar suara dengan Dolby Atmos/Smart Amplifier Technology. Pilihan I/O dan sambungan yang boleh ditemui termasuk HDMI 2.1 FRL, USB 3.2 Gen 2 Type-A, USB 3.2 Gen 2 Type-C, Thunderbolt 4, RJ45 LAN dan bicu audio 3.5mm.

ASUS ROG Strix G18 pula hadir dengan skrin IPS 2.5K 240Hz sebesar 18-inci dengan nisbah aspek 16:10 dan gamut warna DCI-P3 100%. %. CPU disediakan ialah Intel Core i9 Processor 14900HX bersama GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 4080. Diikuti juga memori 16GB DDR5-5600 dan storan sehingga 2TB PCIe 4.0 NVMe M.2 SSD.

Selain itu ASUS ROG Strix G18 juga mempunyai bateri 90Wh, kamera web HD dan 2 pembesar suara dengan Dolby Atmos/Smart Amplifier Technology. Pilihan I/O yang boleh ditemui termasuk HDMI 2.1 FRL, USB 3.2 Gen 2 Type-A, USB 3.2 Gen 2 Type-C, Thunderbolt 4, RJ45 LAN dan bicu audio 3.5mm.

Akhir sekali ROG Strix SCAR 16 dilengkapi skrin Mini LED QHD+ sebesar 16-inci dengan kadar segar semula 240Hz. Sementara itu ROG Strix SCAR 18 pula skrin Mini LED 2.5K sebesar 18-inci dengan kadar segar semula 240Hz. Diikuti juga dengan masa tindak balas 3ms, nisbah aspek 16:10, gamut warna DCI-P3 dan Dolby Vision sebagai tambahan.

CPU disediakan sehingga Intel Core i9 Processor 14900HX dan GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 4090. Selain juga dilengkapi memori sehingga 32GB DDR5-5600 SO-DIMM dan storan 2TB PCIe 4.0 NVMe M.2 SSD. Pilihan I/O yang boleh ditemui termasuk HDMI 2.1 FRL, USB 3.2 Gen 2 Type-A, USB 3.2 Gen 2 Type-C, Thunderbolt 4, RJ45 LAN dan bicu audio 3.5mm.

Komen