Carian
AdGuard Perkenal Perkhidmatan Alamat Emel Sementara
January 20, 2024 Aman

AdGuard merupakan salah satu perkhidmatan memfokuskan kepada penghalang iklan dan penjejak, sekaligus melindungi privasi para pengguna. Selari dengan penawaran produk mereka, terbaru AdGuard turut memperkenalkan perkhidmatan baharu dinamakan AdGuard Temp Mail.

AdGuard Tem Mail merupakan perkhidmatan alamat emel sementara, yang mana boleh digunakan oleh sesiapa sebagai alamat emel sementara. Kebiasaannya, terdapat beberapa perkhidmatan akan meminta alamat emel pengguna untuk mengakses beberapa kandungan – dan pengguna boleh mengelak spam dan sebagainya dengan menggunakan alamat emel sementara ini.

AdGuard Temp Email akan memadam setiap emel selepas 24 jam, dan pada masa yang sama akan memadam alamat emel sementara berkenaan selepas 7 hari tanpa sebarang penggunaan atau aktiviti.

Bagi anda yang inginkan alamat emel sementara, boleh menyemak penawaran AdGuard Temp Mail ini, dan memastikan inbox anda bebas daripada spam.

Komen