Carian
GoPro Mengambil-Alih Syarikat Pembangun Helmet Pintar
January 21, 2024 Aman

GoPro kini mengumumkan mereka akan mengambil-alih syarikat pembangun dan pengeluar topi keledar atau helmet pintar, Forcite Helmets. Nilai pengambil-alihan tidak diumumkan, dan segala proses melibatkan pengambil-alihan berkenaan dijangka selesai pada suku pertama 2024 ini.

Dengan pengambil-alihan ini, pihak GoPro menyasarkan untuk terus memacu pembangunan helmet pintar yang lebih selemat, serta menawarkan pengalaman integrasi teknologi penuh pada helmet keluaran mereka. Ini juga secara tidak langsung memperluaskan lagi pasaran yang membolehkan integrasi produk GoPro di dalamnya.

Selari dengannya juga, pihak GoPro turut menyasarkan untuk hadir dengan helmet berjenama GoPro tersendiri, selain bekerjasama dengan pelbagai pengeluar helmet lain di pasaran.

Komen