Cari @ Amanz

Menerusi sistem operasi HarmonyOS NEXT, Huawei akan membangunkan sistem operasi sebenar yang tidak lagi bergantung kepada Android seperti pada versi HarmonyOS terdahulu. Bagi menggalakkan pengguna berpindah ke platform HarmonyOS NEXT, sebanyak 5000 aplikasi natif akan dibangunkan untuknya menjelang penghujung 2024.

Huawei sedang giat melakukan kerjasama dengan lebih 100,000 pembangun serta pelbagai institusi pendidikan serta perniagaan sebagai usaha menawarkan 500,000 aplikasi HarmonyOS natif dalam masa terdekat. Sejak dilancarkan pada tahun 2019, HarmonyOS telah menjalani pelbagai iterasi dengan rekaan antaramuka tersendiri.

Di Malaysia peranti Huawei masih menggunakan EMUI kerana terdapat banyak ciri HarmonyOS hanya boleh digunakan di China. Tidak diketahui pada waktu ini sekiranya HarmonyOS tanpa sokongan Android akan ditawarkan ke pasaran luar China. Ini ialah usaha serius Huawei untuk berdikari sepenuhnya tanpa menggunakan teknologi luar selepas dimasukkan ke dalam senarai entiti.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd