Vivo G2 telah dilancarkan secara rasmi sebagai peranti kelas asas baharu dengan 5G terbina. Pengenalan itu juga menjadikannya sebagai antara telefon terawal di bawah siri Vivo G untuk pasaran China.
Vivo G2 menggunakan skrin IPS LCD sebesar 6.56-inci dengan resolusi HD+ (1612 x 720 piksel) dan kadar segar semula 90Hz. Ia juga menawarkan nisbah skrin-ke-badan 89.67% bersama nisbah kontran pula 1500:1.
Cip MediaTek Dimensity 6020 digunakan sebagai tunjang utama. Selain juga memuatkan memori 4/8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 128/256GB UFS2.2. Bateri 5000mAh disertakan dengan pengecasan 15W. Diikuti juga kamera utama 13MP dan swafoto 5MP.
Harga jualan di China bermula RMB 1,199 (~RM786.42) untuk 4/128GB, dan meningkat kepada RMB 1,899 (~RM1,245.55) (8/256GB) sebuah. Memetik laporan GSMArena, spesifikasi ditawarkan sebenarnya menyerupai sebuah Vivo Y36i, lalu dianggap peranti ini hanyalah dijenamakan semula sahaja.