Cari @ Amanz

Samsung Foundry, subsidiari pembuat cip semikonduktor Samsung baru-baru ini dilaporkan sedang menguji pengeluaran cip 3nm generasi kedua mereka yang dibangunkan dengan proses 3nm terbaru mereka yang dinamakan SF3.

Samsung kini dilihat sedang menguji prestasi cip semikonduktor yang dibangunkan dengan proses ini, dan menjangkakan dalam masa enam bulan selepas ujian, 60 peratus daripada cip yang dikilangkan dengan proses ini boleh digunakan secara meluas.

Ia juga dilaporkan bahawa dengan proses SF3 ini akan digunakan untuk membangunkan pemproses aplikasi yang akan dimanfaatkan didalam jam pintar Samsung Galaxy Watch 7 yang akan dilancarkan kelak dan juga untuk pengeluaran cip Samsung Exynos 2500 yang akan digunakan didalam peranti Samsung Galaxy S25 mereka pada tahun hadapan.

Kini didalam fasa pengeluaran percubaan, Samsung dijangka akan memulakan pengeluaran berskala besar menggunakan proses SF3 ini pada pertengahan tahun ini. Ini bukanlah suatu yang mengejutkan kerana kekerapan pengeluaran peranti-peranti baru bermakna bahawa syarikat-syarikat pembuat cip semikonduktor ini perlu mampu mengeluarkan komponen-komponen ini bukan sahaja secara cepat, tetapi juga dengan kadar pengeluaran yang tinggi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd