Cari @ Amanz

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kini mengumumkan beliau telah bertemu dengan semua CEO syarikat telekomunikasi dalam membincangkan sejumlah perkara, termasuk mencapai kata putus untuk hadir dengan pakej telekomunikasi khas untuk mereka yang menghantar makanan menggunakan aplikasi seperti Grab Food atau FoodPanda, serta lain-lain.

Pakej ini dijangka akan diumumkan dengan diskaun khusus, sekaligus mengurangkan lagi kos yang ditanggung para penghantar makanan ini.

Menteri dijangka akan melakukan pengumuman berkaitan pakej khas ini secara rasminya esok, 23 Januari 2024.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd