Carian
Pembangun League of Legends dan Valorant Buang Lebih 500 Pekerja
January 23, 2024 Effi Saharudin

Studio Riot Games yang membangunkan permainan video popular League of Legends dan Valorant mengumumkan mereka membuka 530 pekerja di bawah program rasionalisasi perniagaan. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jumlah pekerja di Riot Games meningkat dua kali ganda. Tetapi kini tumpuan akan diberikan kepada pembangunan projek sedia ada yang memerlukan pengurangan tenaga kerja dilakukan.

Sebanyak 530 individu yang dibuang kerja ini bersamaan dengan 11% jumlah keseluruhan kakitangan syarikat di seluruh dunia. Walaupun rama pekerja dibuang, Riot Games berkata ia tidak mendatangkan impak ke atas permainan utama mereka ada seperti League of Legends, Valorant, Teamfight Tactics, dan Wild Rift.

Impak akan dirasai oleh pasukan yang terlibat dengan projek Legends of Runeterra dan Riot Forge. Skop pembangunan Legends of Runeterra akan dikurangkan kerana jumlah pekerja yang dibuang. Riot Forge, label yang bekerjasama dengan pembangunan indie akan menghentikan pembangunan permainan baharu selepas pelancaran Bandle Tale: A League of Legends Story.

Komen