MrBeast, penerbit kandungan yang popular di YouTube, kini dilaporkan dalam perbincangan bersama pihak Amazon Prime Video, untuk menghasilkan kandungan khas eksklusif bagi platform penstriman berkenaan.
Menurut laporan awal, kandungan khas berkenaan akan berbentuk siri realiti berbentuk pertandingan – yang mana sedia dihasilkan MrBeast melalui saluran YouTube. Info penuh berkaitan siri realiti baharu ini tidak diketahui lagi.
Ia turut dikatakan kerjasama kedua-dua pihak ini mungkin membawa kepada transaksi bernilai $100 juta. Langkah kerjasama ini juga dijangka akan menguntungkan kedua-dua pihak, dimana Prime Video akan menerima kandungan eksklusif MrBeast yang sedia mempunyai angka peminat ramai, sementara Prime Video sendiri akan mempromosikan MrBeast dengan lebih meluas lagi.
Sama-sama kita nantikan lanjut berkaitan kerjasama kedua-dua pihak ini dalam masa terdekat.