Carian
IQOO 12 5G Akan Ditawarkan Dalam Pilihan Warna Baharu – Flame Edition
January 23, 2024 Amy Maizuraa

Sejak pelancaran IQOO 12 penghujung tahun lalu yang mendapat sambutan luar biasa, nampaknya IQOO Malaysia akan memperkenalkan peranti itu dengan warna baharu lebih menarik. Dikenali sebagai Flame Edition, ia menggunakan warna dominan merah sekaligus menampakkan rekaannya lebih menonjol.

Pengenalannya juga dibuat bersempena perayaan Tahun Baharu Cina bulan hadapan, pada masa sama simbolik penggunaan warna merah juga sering dianggap sebagai simbol keberanian. Tiada tarikh pengenalan khusus didedahkan setakat ini, namun dilihat tiada perubahan untuk harga jualannya. Menariknya lagi apabila pembelian disertakan hadiah bernilai RM748 yang termasuk fon telinga IQOO Wireless Active.

IQOO 12 menggunakan skrin AMOLED 144Hz sebesar 6.78-inci dengan resolusi 2800 X 1260 piksel. Ini digabung pula cip Snapdragon 8 Gen 3, memori 16GB RAM dan storan 512GB. Bateri 5,000mAh disertakan menyokong pengecasan pantas 120W, diikuti juga kamera utama 50MP + 64MP + 50MP dan swafoto sebesar 16MP.

Komen