Carian
Kerajaan Perkenal Pelan P-Hailing RAHMAH – Bermula RM33 Untuk Data Sekurang-Kurangnya 40GB
January 23, 2024 Aman

Seperti dijanjikan, hari ini kerajaan secara rasminya mengumumkan pelan P-Hailing RAHMAH kepada para pemandu dan penunggang perkhidmatan seru-pandu, hasil kerjasama pelbagai syarikat telekomunikasi. Pelan ini akan ditawarkan bersama sejumlah syarikat telekomunikasi, termasuk CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM (Unifi Mobile) dan juga Yes 5G.

Untuk pelan khusus ini, ia melibatkan sekitar 16 penyedia platform seru-pandu di Malaysia, termasuk FoodPanda, Grab, BungkusIt, Shopee, LalaMove, Lazada Logistics, iHantar, MatDespatch, Parcel365, RideRunner, FaszFood, BeliBeli, iGoGet, GoGet, dan juga Go Log.

Menurut SKMM, dibawah pakej ini, pemandu dan penunggang perkhidmatan seru-pandu akan menikmati perkhidmatan internet pada harga serendah RM33 sebulan, dengan atau pelan data sekurang-kurangnya 40GB.

Pakej P-Hailing RAHMAH ini akan ditawarkan sehingga 23 April 2024 kelak. SKMM turut mengatakan semua syarikat telekomunikasi akan mengeluarkan maklumat lanjut berkaitan pakej ini di laman masing-masing.

Komen