Logam cecair secara lazimnya ialah sebuah bahan yang mempunyai pelbagai jenis kegunaan, tetapi dalam arena perkomputeran dan teknologi, ia dilihat terhad sebagai satu cara untuk mengalirkan haba daripada komponen-komponen bersuhu tinggi dengan cepat.
Terkini, sekumpulan penyelidik dari Tsinghua University di China telah berjaya membangunkan modul memori RAM menggunakan logam cecair yang dinamakan FlexRAM. Memori ini diperbuat daripada logam galium yang kemudiannya diberikan cas elektrik untuk memuatkan nilai binari 1/0 kedalamnya, yang kemudian disuntik kedalam sebuah bahan biopolimer boleh regang yang dinamakan EcoFlex.
Projek ini masih berada didalam fasa awal, dan setiap modul/ FlexRAM ini hadir dengan lapan unit storan yang mengandungi data sebanyak satu byte sahaja untuk setiap unit. Dalam pada itu, ia juga dilaporkan bahawa setiap modul FlexRAM ini mempunyai kitaran hidup 3500 kali pembacaan/penulisan data sahaja, jauh daripada berjuta kali kitaran yang dilihat secara lazim pada memori yang lebih lazim digunakan.
Oleh kerana memori FlexRAM ini juga adalah sebuah memori tidak menentu (volatile memory), ia juga hanya mampu menyimpan memori ini selama 43,200 saat ataupun 12 jam.
Walaupun ia masih berada di fasa awal pembangunan, penggunaan memori yang diperbuat daripada logam cecair ini dilihat boleh dimanfaatkan melalui pelbagai aplikasi, termasuklah didalam robot, sistem antaramuka diantara mesin dan otak dan peralatan elektronik implan untuk mereka yang berminat dengan konsep bio-hacking.