Carian
TikTok Tidak Terlepas Dan Turut Membuang Sejumlah Pekerja
January 23, 2024 Aman

Dengan pelbagai syarikat teknologi yang membuang pekerja, sekaligus mengurangkan angka pekerja mereka, kini TikTok nampaknya turut tidak terlepas, dan turut mengambil langkah mengurangkan angka pekerja mereka.

Ia dikatakan langkah ini diambil dalam usaha mengurangkan kos operasi. Namun, tidak dapat dipastikan lagi buat masa ini, bahagian manakah yang terjejas dengan pengurangan angka pekerja ini.

Mengikut perkongsian awal, sekitar 60 orang pekerja telah dibuang, dengan majoritinya daripada bahagian jualan dan pengiklanan. Kebanyakkan angka pekerja ini adalah berpusat di Amerika Syarikat.

Sebelum ini, pelbagai syarikat sedia membuang tenaga kerja mereka dalam mengurangkan kos operasi serta menjadikan operasi lebih efisien, termasuk oleh Google, Amazon, Apple, dan lain-lain.

Komen