Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kini berkongsi menyatakan liputan rangkaian 5G di kawasan berpenduduk di Selangor kini telah pun mencapai angka 95.9%, mengikut data sehingga Disember 2023 lepas. Ini sekaligus memperlihatkan liputan rangkaian 5G terbaru berkenaan hampir menyeluruh di negeri Selangor.
Walaubagaimanapun, menteri turut menekankan ramai pemain industri masih tidak menggunakan teknologi baharu berkenaan. Disamping pemain industri, angka pengguna umum yang menggunakan rangkaian 5G juga masih rendah.
Pada awal tahun ini juga, menteri telah mengumumkan tiada lagi caj tambahan untuk penggunaan rangkaian 5G – sekaligus memperlihatkan beberapa syarikat telekomunikasi telah mula membuang caj tambahan untuk pas 5G.
Dengan perkembangan sihat ini, mungkin kita akan melihat angka pengguna rangkaian 5G terus meningkat pada bulan-bulan akan datang.