Netflix hari ini membuat kejutan, dan mengumumkan kerjasama dengan WWE untuk menayangkan sejumlah kandungan WWE secara eksklusif melalui platform penstriman mereka. Bermula Januari 2025 kelak, WWE Raw akan ditayangkan secara eksklusif di Netflix di beberapa negara secara mingguan.

Ia akan diikuti oleh sejumlah kandungan khas seperti SmackDown, NXT, Wreslte Mania, SummerSlam, dan Royal Rumble. Disamping itu, sejumlah siri dan dokumentari berkait dengan WWE juga akan ditayangkan di Netflix secara eksklusif.
Langkah ini juga turut memperlihatkan peralihan Netflix dalam menambah kandungan berbentuk siri langsung berbentuk mingguan ke platform mereka. Walaupun WWE tidak dikategorikan sebagai sukan, namun ini mungkin menjadi titik tolak sebelum Netflix mula menambah sejumlah kandungan sukan yang lain.
Pengenalan siri kandungan WWE di Netflix ini dijangka bermula dari Amerika Syarikat, dan diperluaskan ke negara-negara lain pada peringkat antarabangsa, mengikut pelesenan dan sebagainya.