Cari @ Amanz

Menerusi Chrome versi 121, Google telah mengintegrasikan beberapa ciri AI generatif secara terus pada pelayar web ini bagi mempermudahkan tugasan melibatkan penulisan, organisasi dan juga memperibadikannya menerusi ciri tema.

Pertama sekali ialah ciri pengurusan tab yang lebih bijak. Chrome akan memberikan saranan menggabungkan tab ke dalam kumpulan berdasarkan persamaan kandungan yang sedang dilayari. Ia turut boleh memberikan saranan nama kumpulan serta emoji yang boleh digunakan bagi memudahkan ia dicari semula oleh pengguna di kemudian hari. Untuk menggunakan ciri ini klik kanan pada tab dan pilih “Organize Similar Tabs”.

Seterusnya ialah ciri mencipta tema sendiri yang lebih serasi serta untuk untuk setiap pengguna. Menerusi AI generatif, latar belakang yang unik dijana menerusi prom atau pilihan yang diberikan. Berikan gaya serta mood latar belakang yang diinginkan. AI generatif Google akan kemudiannya menjana latar belakang untuk tema Chrome yang khusus untuk anda.

Akhir sekali ialah ciri membantu penulisan. Ini boleh digunakan untuk menulis ulasan ia laman Google Maps atau menghasilkan status di laman media sosial pilihan. Tulis satu rangkap ayat dan kemudian pilih “Help me write”. Chrome kemudian boleh menjana karangan yang lebih panjang menggunakan ayat yang ditulis oleh anda menerusi kuasa AI generatif. Ciri ini akan diberikan secara berperingkat pada versi Chrome bulan depan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd