Cari @ Amanz

Tidak dinafikan dalam situasi kesibukan yang terlalu padat, ramai diantara kita memilih untuk memiliki sebuah robot vakum bagi menjadikannya sebagai ‘pembantu’ di rumah. Manakan tidak, kebanyakan robot vakuum terkini boleh dimanfaatkan untuk banyak perkara termasuk membersih dan mengemop.

Misalnya seperti Airbot Robotic Vacuum L108S Pro Ultra, yang pada dasarnya berfungsi sebagai vakum dan mop dalam satu untuk pembersihan lebih pantas. Motor yang disediakan menawarkan kuasa sedutan sehingga 8,000Pa, selain juga dibantu sokongan mop yang mampu berputar pada kadar 170-300RPM.

Terdapat juga dua tangki dimuatkan dengan saiz 2.8Lbagi menyimpan air bersih, sementara itu tangki sebesar 2.4L lebih kecil pula untuk simpanan cecair kotoran. Sensor LiDar disediakan dengan kemampuan mengimbas kawasan dalam rumah atau bilik, selain juga bertujuan memberi kejituan dalam pergerakannya yang boleh mengenalpasti halangan dalam ruang yang sedang dibersihkan.

Penggunaan bersama AirBot Apps amatlah disarankan untuk kawalan lebih banyak termasuk ciri No-Go-Zones yang secara bijak boleh mengesan kotoran dan halangan. Bateri disertakan pula boleh digunakan sehingga 220minit dengan sekali pengecasan.

Airbot Robotic Vacuum L108S Pro Ultra dijual di Malaysia pada RM5,199. Namun terdapat harga promosi serendah RM2,399 untuk masa terhad.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd