Cari @ Amanz

Penggunaan Dakwat Pencetak Parti Ketiga Boleh Menyebarkan Perisian Hasad – CEO HP

Oleh Nazrin

Link Copied!

HP, jenama teknologi dari Amerika Syarikat yang terkenal untuk penawaran kelengkapan elektronik mereka juga terkenal untuk mesin-mesin pencetak mereka. Akan tetapi, kebelakangan ini mereka dilihat telah menghalang pengguna-pengguna mereka daripada memasang katrij dakwat parti ketiga dengan pelbagai alasan.

Mesin pencetak HP yang moden tampil dengan sistem katrij dakwat yang boleh diisi semula, tetapi untuk menggunakannya, anda perlu menggunakan dakwat HP sendiri. Sebelum ini, untuk menjimatkan kos, kebanyakan syarikat ataupun individu akan menggunakan dakwat parti ketiga, tetapi perkara tersebut telah disekat oleh HP baru-baru ini dengan satu kemaskini baru yang dikeluarkan untuk mesin pencetak mereka.

HP OfficeJet 200 Mobile Printer

Walaupun diterima tentangan daripada para pelanggan mereka sendiri, CEO HP, Enrique Lores mengatakan didalam satu temubual bahawa selain daripada untuk mempertahankan hakmilik intelek HP dari segi penggunaan dakwat ini, beliau juga mengatakan bahawa perisian hasad boleh disebarkan melalui penggunaan katrij parti ketiga ataupun pengisian semula dakwat.

Ujarnya, penggunaan katrij parti ketiga ini membolehkan data untuk dipindahkan dari katrij ke mesin pencetak, yang kemudiannya boleh dipindahkan ke rangkaian dalaman syarikat dan ke mana-mana komputer yang tidak mempunyai sekuriti yang begitu baik.

Tidak dinafikan bahawa teknologi godaman moden kini semakin rumit dan kreatif, tetapi setakat ini tiada lagi laporan yang hadir mengatakan bahawa perisian hasad boleh disebarkan melalui penggunaan katrij ataupun pengisian semula dakwat pencetak parti ketiga.


Komen ()