Carian
Sonos Melancarkan Pembesar Suara Siling Bersaiz 8-Inci
January 24, 2024 Amy Maizuraa

Pembesar suara terbina dalam siling boleh didatangkan dalam pelbagai bentuk dan saiz. Selain juga menjimatkan ruang sambil menyediakan kualiti audio yang baik dalam hampir mana-mana persekitaran.

Terbaharu Sonos telah mengumumkan tambahan baharu untuk barisan pembesar suara siling yang dihasilkan dengan kerjasama Sonance. Ia dipanggil sebagai 8″ In-Ceiling Speaker yang menampilkan woofer 8-inci dibina khas bersama tweeter 30mm untuk menyampaikan bunyi frekuensi tinggi lebih baik meliputi dalam kesemua ruang rumah atau bilik.

Pengalaman bertambah baik lagi apabila dipasangkan dengan Sonos Amp, yang lebih memberi manfaat. Ia termasuklah peningkatan talaan tersesuai TruePlay untuk pengalaman mendengar lebih baik bersama tindak balas frekuensi seimbang. Selain juga mudah digunakan bersama pelbagai perkhidmatan penstiman, dan juga kawalan AirPlay 2.

Sonos Amp

Harga jualan ialah $999 (~RM4,727.27) sepasang, dan mula tersedia pada musim bunga akan datang.

Komen