Peranti baharu siri Realme 12 Pro telah dijadualkan tiba pada 29 Januari 2024. Namun sehingga kini masih tiada perkembangan lanjut mengenai cip pemprosesan yang digunakan. Sebaliknya fokus ketika ini adalah pada sistem kamera periskop 200MP. Selain juga menggunakan sensor daripada Sony yang termasuk IMX890 dengan OIS.
Terbaharu tular dalam media sosial imej menunjukkan kotak pembungkus untuk Realme 12 Pro+ 5G. Tumpuan sudah tentunya pada butiran cip pemprosesan yang secara jelas menunjukkan Snapdragon 7s Gen 2 akan digunakan. Ini bermakna peranti boleh diklasifikasi sebagai segmen pertengahan, dalam masa sama menjadi pesaing kepada beberapa peranti terkini seperti Redmi Note 13 Pro 5G dan Poco X6 5G.
Turut disertakan ialah skrin melengkung dengan kadar segar semula 120Hz sebagai pelengkap. Nantikan pelancaran rasmi bagi melihat sejauh mana kebenaran maklumat ini. Butiran khusus mengenai bilangan model yang akan diumumkan juga masih belum jelas, namun dua daripada telah melepasi SIRIM yang