Cari @ Amanz

Kemaskini baharu WhatsApp kelak membolehkan pengguna memindah pemilikan Channel kepada ahli yang lain. Ia dianggap satu lagi cara untuk meningkatkan fleksibiliti dalam mentadbir sesuatu Channel, di mana melaluinya pemilik asal dapat memindahkan hak dan tanggungjawab kepada ahli lain untuk dijadikan pentadbir.

Pelaksanaan ini amatlah berguna, terutama apabila sesebuah Channel semakin ramai pengikutnya, atau mungkin pentadbir menghadapi isu dan cabaran dalam mentadbir Channel dengan berkesan. Sebaik selesai proses pindah pemilikan, pentadbir asal masih dikekalkan, dalam masa sama diberi pilihan untuk mengalih keluar mana-mana pentadbir baharu mengikut budi bicara masing-masing. Namun tiada kebolehan untuk memadam saluran secara terus.

Ia bagaimanapun masih di tahap pembangunan dan akan tersedia dalam kemaskini mendatang melalui ruang tetapan. Jangan lupa untuk ikuti saluran Amanz di WhatsApp Channels.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd