Carian
Putrajaya Akan Menguji Trem Tanpa Landasan Bermula Februari 2024
January 24, 2024 Aman

Perbadanan Putrajaya kini mengumumkan mereka akan memulakan ujian pengangkutan trem tanpa landasan bermula 1 Februari 2024 ini, sehingga Disember 2024. Pengenalan ini selari dengan Hari Terbuka Putrajaya, akan menawarkan perjalanan percuma menaiki trem ini selama empat hari, antara 1 hingga 4 Februari 2024 ini.

Dengan penawaran ini, ia sekaligus memberikan alternatif penawaran pengangkutan awam bagi yang berkunjung di Putrajaya, selain untuk penduduk Putrajaya sendiri. Maklumat lanjut berkaitan harga tiket dan sebagainya dijangka akan dikongsikan dalam masa terdekat ini.

Sebelum ini, trem ART berkuasa hidrogen pertama dunia turut telah tiba di Sarawak, sejak Ogos 2023 lepas. Kita juga mungkin melihat penggunaan trem di beberapa kawasan lain dalam bulan-bulan akan datang.

Komen