Cari @ Amanz

DJI melancarkan perisian suntingan model tiga dimensi DJI Modify minggu ini. Ia menyasarkan pengguna yang melakukan pemetaan 3D dan tinjauan menggunakan sistem imbasan pada dron yang dikeluarkan oleh mereka. Perisian ini mempercepatkan proses mengubah tekstur model, membuang objek 3D seperti kenderaan daripada model 3D jalan raya dan juga membuang poligon yang tidak diingini dengan pantas.

Kesilapan pemetaan permukaan air, dan kewujudan rompong pada objek boleh dibaiki secara automatik menggunakan DJI Modify. Perisian ini juga selari dengan sistem pemetaan DJI Terra bagi menghasilkan model yang lebih tepat. Selepas model 3D disunting, ia kemudiannya boleh dikongsi dengan perisian lain di pasaran kerana menyokong format fail PLY, OBJ, b3dm dan banyak lagi.

DJI Modify dijual pada harga $1580 (~RM 7471) dan boleh dicuba secara percuma untuk tempoh yang singkat menerusi laman web DJI hari ini.

  • Sumber
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd