Sementara Microsoft mencatatkan nilai menghampiri $3 trilion, pihak Meta turut mencatatkan peningkatan pada nilai syarikat, dan kini kembali mengatasi nilai $1 trilion. Sebelum ini, Meta pernah mencapai nilai berkenaan pada 2021 lepas, tetapi mencatatkan penurunan selepas itu.

Sejak tahun lepas, prestasi saham Meta memperlihatkan peningkatan kembali selepas Meta mengurangkan sejumlah pengguna, dan kini pada masa yang sama memfokuskan kepada arena kecerdasan buatan.
Minggu lepas sahaja, pihak Meta turut mengumumkan akan membangunkan kecerdasan buatan pada tahap AGI secara sumber terbuka, dan akan mendapatkan sejumlah besar kad grafik daripada pihak NVIDIA.
Dengan perkembangan sihat ini, tidak mustahil pihak pelabur terus mempercayai Meta berbanding era metamesta sebelum ini, sekaligus memperlihatkan peningkatan nilai syarikat berkenaan.