Carian
Galaxy AI – Chat Assist Memudahkan Saya Berkomunikasi Dalam Bahasa Asing
February 5, 2024 Fahim Zahar

Bekerja sebagai seorang penulis di Amanz kerap membawa saya ke luar negara. Walaupun seronok berada di negara orang lain kerana dapat melihat budaya yang berbeza, pemandangan yang indah dan banyak lagi. Satu kekangan yang saya hadapi adalah pertuturan bahasa.

Apabila saya ke China atau Barcelona, ramai yang tidak begitu faham bahasa Inggeris. Saya rasa amat bersyukur apabila siri Samsung Galaxy S24 dilancarkan kerana mempunyai ciri AI generatif terbina – Galaxy AI. Melaluinya saya boleh menggunakan Chat Assist untuk Chat Translation, Writing Style, Spelling and Grammar atau juga mengubah suara ke teks dari bahasa lnggeris ke bahasa lain.

Chat Translation

Biasanya apabila saya ke luar negara untuk mana-mana pelancaran, satu kumpulan WhatsApp akan ditubuhkan. Di dalam kumpulan sembang ini akan ada wakil jenama dari luar negara yang kerap berkongsi teks dalam bahasa asing. Untuk memahami teks yang diterima, saya perlu salin dan tampal dalam aplikasi penterjemahan. Jika saya ingin balas, saya perlu taip di aplikasi penterjemahan kemudian salin dan membuka WhatsApp untuk menghantarnya.

Kini dengan Chat Translation, saya boleh terus memahami mesej yang dihantar kerana ia diterjemahkan secara automatik. Bukan itu sahaja, apabila saya ingin membalas ia sangat mudah dengan hanya tekan satu ikon dan masukkan terus teks ia akan diterjemah secara automatik. Sejak beberapa minggu ini, saya kerap berkomunikasi dengan rakan-rakan dalam bahasa asing kerana ia turut memberi pengalaman bersembang yang lain.

Interpreter – Terjemah “Chat” Di Dunia Nyata

Ada yang bertanya kepada saya, “takkanlah sepanjang perjalanan di luar negara guna WhatsApp je dan tak sembang depan-depan?”. Sudah semestinya, selain bersembang di negara luar pun kadangkala untuk membeli makanan di kedai pun sukar. Jadi Samsung turut menyertakan Interpreter untuk sembang di dunia nyata.

Tatal talam notifikasi, tekan ikon Interpreter, tekan ikon mikrofon dan saya boleh terus bercakap dalam bahasa Inggeris untuk ia diterjemah secara automatik ke 17 bahasa berbeza. Kemudian apa yang dibalas semula semuanya automatik dan diproses pada kadar yang cukup pantas agar semua urusan berjalan dengan lancar.

Writing Syle

Kalau saya tidak merantau ke negara lain, saya akan kerap berkomunikasi dengan klien melalui aplikasi pemesejan. Apabila saya penat bekerja kerana menulis sepanjang hari, saya sukar untuk berfikir dengan lebih kreatif – jadi saya akan menggunakan Writing Style dengan hanya memasukkan konteks yang penting untuk teks saya ditulis semula menjadi lebih baik.

Contohnya ia boleh ditulis semula untuk kedengaran lebih profesional agar lebih sedap di dengar. Pilihan lain adalah santai jika sekadar ingin bertegur sapa atau berjenaka, Emojify untuk secara automatik teks dipadankan dengan emoji yang padan dengan konteks dan banyak lagi. Abtara kegemaran saya adalah mod media sosial di mana teks saya akan disertakan sekali dengan tanda tagar yang saya sendiri tidak pernah fikirkan.

Spelling and Grammar

Galaxy AI pada siri Samsung Galaxy S24 ini turut boleh menjadi “alat pendidikan”, lagi-lagi dengan Chat Assist yang boleh membantu memperbaiki tatabahasa dan ejaan saya. Sama seperti situasi di atas, apabila sudah penat tetapi ada mesej penting perlu dibalas kadangkala bukan ayat kreatif sahaja saya tidak dapat hasilkan tetapi ejaan pun boleh menjadi salah. Spelling and Grammar membantu saya menyemak tatabahasa dan ejaan terbaik sebelum teks dihantar. Ciri ini kemudian turut boleh digabungkan dengan Writing Style serta Chat Translation tadi.


Jika anda berminat untuk menggunakan kelima-lima ciri Galaxy AI yang menarik ini, anda perlu membeli Samsung Galaxy S24 Ultra, Galaxy S24+ atau Galaxy S24. Ketiga-tiga peranti ini boleh dibeli pada harga bermula RM4099. Berikut adalah penawaran Samsung Malaysia jika anda membeli peranti-peranti ini;

    • Naik taraf storan percuma ke 2x ganda bernilai RM500.
    • Baucar eksklusif bernilai RM500.
    • Rebat tukar-beli mencapai RM650.
    • Jimat sehingga RM800 dengan PWP membeli tablet Samsung Galaxy, jam Galaxy Watch atau barangan audio Galaxy Buds tertentu.
    • Potongan harga sehingga 45% untuk Samsung Care+ dan aksesori.
    • Baucar tambahan bernilai sehingga RM400 untuk mereka yang mendaftar minat dari 3 Januari sehingga 17 Januari.

*Penafian, ini adalah advertorial daripada Samsung Malaysia.

Komen